Sajak mengenang diri

Bila rindu mengata sayang,
Bila sedih mengata perasaan,
Bila senang mengata gembira,
Bila berjaya mengata senang.

Sayang dia mengata bersayang,
Sedih dia mengata bersedih,
Senang dia mengata bersenang,
Serjaya dia mengata berjaya.

Kilas mengilas cinta ini,
Cemburu membuta cinta ini,
Biar dia mengawal ini,
Sajak mengenang diri ini.

All people like this card christmas

card media-5(happy new year)

Motivasi dan PLKN

setelah diiktiraf sebagai cosmonaut negara oleh kerajaan Russia,Dr.Faiz bukan saja sibuk dengan tugas hakikinya sebgai seorang tentera,tapi juga sibuk undangan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar kem Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN).
"Macam yang saya cakap tadi,benda ini masih baru di Malaysia.Jadi,saya rasa bertangg-
ungjawab untuk menyampaikannya kepada remaja kita supaya terbuka minda mereka mengenai perkara ni.Ada yang saya bagi angkasawan talk,ada juga memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar.
"Di kem PLKN,saya dijemput untuk bagi ucapan.Bukan semata-mata mengenai kerjaya
mengenai kerjaya sebagai angkasawan tapi mengajar mereka tentang hala tuju hidup.Biasalah.....remaja lepasan SPM ini masih tentang apa yang mereka nak buat pada masa akan datang.Mereka masih tak nampak apa yang akan mereka tempuh masa depan.Jiwa mereka
memang confuse.Jadi,saya rasa ini masanya untuk kita bentuk mereka membuat keputusan yang tepat,cerita Dr.Faiz.
BukuREMIX..

Photo by emily'S-Sony shot(christmas)

Editor shop by Rod

Warna cinta di tahun baru :D

"jika cinta memanggilmu,ikutlah walau jalan yang berliku".Sepotong karya sastera dari Kahlil Gibran ini mengingatkan tiada siapa pun di dunia ini akan terlepas daripada proses jatuh cinta.
Buat yang tengah mencari cinta,baru nak bercinta atau yang sedang bercinta..apa kata turuti tip ini agar hubungan kamu dan tersayang lebih bahagia pada tahun baru ini!
Don't be anything you're not and be true to yourself and the people that love you for you!

  • A helping hand-jadilah sahabat kekasih yang sama senang atau susah.Kata orang together-gether.Jangan lokek dan berkira untuk membantu saat si dia dalam kesusahan.
  • Caring-sikap mengambil berat memang boleh membuatkan si dia jatuh cinta.
  • Daya tarik-tak dinafikan,paras rupa yang menarik,kerjaya menarik dan status semuanya adalah tarikan.
  • Excellent-Jadilah seorang yang bijaksana dalam apa jua bidang.
  • Friendly and funny-kalaulah selama ini kamu amat terkenal dengan sikap pemalu,jadi tahun baru ini kamu jadi muka tak malu.
  • Jujur dan merendah diri-kejujuran sangat penting untuk sesebuah hubungan bertahan lama.sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga,kan!Kalau kamu tak jujur,lambat-laun tembelang tu pecah juga,kan.

Contoh karangan(pertandingan syarahan)

Bersempena dengan Minggu Bahasa,suatu pertandingan syarahan telah diadakan
di sekolah anda.Anda dipilih utntuk mewakili persatuan bahasa melayu untuk menyampaikan
syarahan dalam pertandingan tersebut.Tajuk syarahan anda ialah "masyarakat berilmu Negara Maju".
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua,guru-guru.serta
rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Masyarakat Berilmu Negara Maju".

Hadirin yang saya hormati.
Saya pasti bahawa tidak ada sesiapapun yang akan menafikan kepentingan
ilmu dalam kehidupan.Ilmu sebagai pelita hati,iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan pandauan dalam kehidupan manusia.Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara.Melalui ilmu jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi.

Hadirin sekalian.
Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung.Ilmus secara
langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading.Manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita.Dalam hal ini,rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu.Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam.Oleh itu,masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa rendah
diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu.Sesungguhnya,negara-negara seperti Jepun,Korea,German,Amerika Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak,tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu pengetahuan.Dengan ilmu yang dimiliki itu,mererka memajukan negara masing-masing.
Masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan.Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan kemajuan
dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini.
Selain itu,orang yang berilmu bukan saja kritis dan kreatif tetapi juga mampu
membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik.Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri.Rakyat yang
dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana saja ilmu itu berada.Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".Di sini jelaslah akan kepentingan ilmu dalam kehidupan mansia.Dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah negara.

Sekian,terima kasih.


Jika anda ingin menambahkan ayat dramastik boleh-
-pendahuluan
-isi-isi
-penutup

Jangan lupa untuk menambahkan markah yang penuh anda digalakan menggunakan ayat pepatah,bidalan atau sebagainya.Sesuai dengan kamus dewan edisi-edisi yang ditetapkan.

cerita-cerita dan cari kesalahan dialog

Disebuah kawasan sekolah pedalaman luar bandar,kisah seorang guru dan
seorang murid yang nakal dan seorang lagi muridnya yang sangat baik.

Cikgu Siti:Ali kenapa awak begitu degil dan keras kepala.Cubalah menghormati orang yang lebih tua.
Ali:"adaku kesah",cikgu adalah cikgu,saya adalah saya.
Cikgu Siti:(Dengan nada yang kuat)Ali biadap sangat kamu,kamu kan tahu cikgu tidak suka
mengambil tindakan terhadap awak.
Ali:Hmmmm.....tak takut lah,cikgu ni..Cikgu ni kan perempuan.
Afi(seorang pengawas dan pelajar yang cemerlang):Ali kenapa awak buat begitu terhadap cikgu
sikap kamu itu tidak baik dan angkuh.
Ali:Ek,Afi..kamu nak gaduh dengan saya kah..kalau berani satu sama satu la..
Afi:Hmmm..setakat badan awak ni Ali,saya tidak takut dengan kamu lah.Sekurus-kurusnya saya,tak akan lari daripada masalah.
Ali:Owh,mentang-mentang awak anak murid kesayangan cikgu siti.
Afi:Oit,cikgu siti sayang kita semua..bukan seorang saja.
Cikgu siti(dalam keadaan menangis):Ali,betul apa yang dikatakan Afi.
Afi:Ali,lebih baik awak sebelum awak diambil tindakan.(dengan nada yang kuat)
Ali:Pantang larang nenek moyang saya mengundur diri,kalau berani kita lawan dulu.Kalau saya
kalah,saya akan minta maaf dan kalau awak kalah awak kena bagi saya wang sebanyak
DUA RATUS RINGGIT MALAYSIA.
Afi:Baiklah..Afi terfikirkan apa yang dikatan oleh tok gurunya..Jika orang ada kesusahan baru kita menolong orang dengan menguna kuasa silat kita.Apa lagi si Afi buka langkah-langkah
kudanya.
(SAMBIL MEREKA BERDUA GADUH,CIKGU SITI MELARANG MEREKA BERGADUH TETAPI TIDAK DAPAT DIELAKAN,LEPAS ITU AFI MENANG DALAM PERTANDINGAN ITU,AFI DALAM KEADAAN BERDARAH DAN MATANYA YANG BENGKAK.)
Afi:Kamu harus meminta maaf dengan cikgu siti.
Ali:Baiklah afi.


apakah kesalah dalam petikan cerita ini.
-ejaan
-huruf
-simbol


christmas card-4