Contoh karangan(pertandingan syarahan)

Bersempena dengan Minggu Bahasa,suatu pertandingan syarahan telah diadakan
di sekolah anda.Anda dipilih utntuk mewakili persatuan bahasa melayu untuk menyampaikan
syarahan dalam pertandingan tersebut.Tajuk syarahan anda ialah "masyarakat berilmu Negara Maju".
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua,guru-guru.serta
rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Masyarakat Berilmu Negara Maju".

Hadirin yang saya hormati.
Saya pasti bahawa tidak ada sesiapapun yang akan menafikan kepentingan
ilmu dalam kehidupan.Ilmu sebagai pelita hati,iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan pandauan dalam kehidupan manusia.Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara.Melalui ilmu jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi.

Hadirin sekalian.
Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung.Ilmus secara
langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading.Manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita.Dalam hal ini,rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu.Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam.Oleh itu,masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa rendah
diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu.Sesungguhnya,negara-negara seperti Jepun,Korea,German,Amerika Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak,tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu pengetahuan.Dengan ilmu yang dimiliki itu,mererka memajukan negara masing-masing.
Masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan.Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan kemajuan
dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini.
Selain itu,orang yang berilmu bukan saja kritis dan kreatif tetapi juga mampu
membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik.Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri.Rakyat yang
dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana saja ilmu itu berada.Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".Di sini jelaslah akan kepentingan ilmu dalam kehidupan mansia.Dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah negara.

Sekian,terima kasih.


Jika anda ingin menambahkan ayat dramastik boleh-
-pendahuluan
-isi-isi
-penutup

Jangan lupa untuk menambahkan markah yang penuh anda digalakan menggunakan ayat pepatah,bidalan atau sebagainya.Sesuai dengan kamus dewan edisi-edisi yang ditetapkan.

1 comment:

  1. hi bolehkah saya gunakan skrip ini untuk pertandingan syarahan?

    ReplyDelete