Sajak mengenang diri

Bila rindu mengata sayang,
Bila sedih mengata perasaan,
Bila senang mengata gembira,
Bila berjaya mengata senang.

Sayang dia mengata bersayang,
Sedih dia mengata bersedih,
Senang dia mengata bersenang,
Serjaya dia mengata berjaya.

Kilas mengilas cinta ini,
Cemburu membuta cinta ini,
Biar dia mengawal ini,
Sajak mengenang diri ini.

All people like this card christmas

card media-5(happy new year)

Motivasi dan PLKN

setelah diiktiraf sebagai cosmonaut negara oleh kerajaan Russia,Dr.Faiz bukan saja sibuk dengan tugas hakikinya sebgai seorang tentera,tapi juga sibuk undangan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar kem Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN).
"Macam yang saya cakap tadi,benda ini masih baru di Malaysia.Jadi,saya rasa bertangg-
ungjawab untuk menyampaikannya kepada remaja kita supaya terbuka minda mereka mengenai perkara ni.Ada yang saya bagi angkasawan talk,ada juga memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar.
"Di kem PLKN,saya dijemput untuk bagi ucapan.Bukan semata-mata mengenai kerjaya
mengenai kerjaya sebagai angkasawan tapi mengajar mereka tentang hala tuju hidup.Biasalah.....remaja lepasan SPM ini masih tentang apa yang mereka nak buat pada masa akan datang.Mereka masih tak nampak apa yang akan mereka tempuh masa depan.Jiwa mereka
memang confuse.Jadi,saya rasa ini masanya untuk kita bentuk mereka membuat keputusan yang tepat,cerita Dr.Faiz.
BukuREMIX..

Photo by emily'S-Sony shot(christmas)

Editor shop by Rod

Warna cinta di tahun baru :D

"jika cinta memanggilmu,ikutlah walau jalan yang berliku".Sepotong karya sastera dari Kahlil Gibran ini mengingatkan tiada siapa pun di dunia ini akan terlepas daripada proses jatuh cinta.
Buat yang tengah mencari cinta,baru nak bercinta atau yang sedang bercinta..apa kata turuti tip ini agar hubungan kamu dan tersayang lebih bahagia pada tahun baru ini!
Don't be anything you're not and be true to yourself and the people that love you for you!

  • A helping hand-jadilah sahabat kekasih yang sama senang atau susah.Kata orang together-gether.Jangan lokek dan berkira untuk membantu saat si dia dalam kesusahan.
  • Caring-sikap mengambil berat memang boleh membuatkan si dia jatuh cinta.
  • Daya tarik-tak dinafikan,paras rupa yang menarik,kerjaya menarik dan status semuanya adalah tarikan.
  • Excellent-Jadilah seorang yang bijaksana dalam apa jua bidang.
  • Friendly and funny-kalaulah selama ini kamu amat terkenal dengan sikap pemalu,jadi tahun baru ini kamu jadi muka tak malu.
  • Jujur dan merendah diri-kejujuran sangat penting untuk sesebuah hubungan bertahan lama.sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga,kan!Kalau kamu tak jujur,lambat-laun tembelang tu pecah juga,kan.

Contoh karangan(pertandingan syarahan)

Bersempena dengan Minggu Bahasa,suatu pertandingan syarahan telah diadakan
di sekolah anda.Anda dipilih utntuk mewakili persatuan bahasa melayu untuk menyampaikan
syarahan dalam pertandingan tersebut.Tajuk syarahan anda ialah "masyarakat berilmu Negara Maju".
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua,guru-guru.serta
rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Masyarakat Berilmu Negara Maju".

Hadirin yang saya hormati.
Saya pasti bahawa tidak ada sesiapapun yang akan menafikan kepentingan
ilmu dalam kehidupan.Ilmu sebagai pelita hati,iaitu merupakan sinar yang dapat memberikan pandauan dalam kehidupan manusia.Ilmu juga merupakan asas kepada kemampuan seseorang untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara.Melalui ilmu jugalah kita akan dihormati dan disanjung tinggi.

Hadirin sekalian.
Ilmu dapat diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung.Ilmus secara
langsung dapat kita peroleh daripada tadika hinggalah ke menara gading.Manakala ilmu secara tidak langsung dapat kita peroleh melalui pelbagai sumber termasuklah pembacaan dan pengalaman kita.Dalam hal ini,rakyat Malaysia sebenarnya amat mudah untuk memperoleh ilmu.Hal ini demikian kerana kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti perpustakaan awam.Oleh itu,masyarakat sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Masyarakat yang tidak berilmu lebih mudah dipandang rendah atau akan berasa rendah
diri apabila berhadapan dengan golongan masyarakat yang lebih berilmu.Sesungguhnya,negara-negara seperti Jepun,Korea,German,Amerika Syarikat dan sebagainya menjadi maju bukanlah disebabkan negara tersebut mempunyai hasil bumi yang banyak,tetapi disebabkan oleh sikap rakyatnya yang mementingkan ilmu pengetahuan.Dengan ilmu yang dimiliki itu,mererka memajukan negara masing-masing.
Masyarakat yang berilmu merupakan masyarakat yang sentiasa berfikir untuk
meningkatkan kemajuan.Mereka berusaha mencari idea-idea baru bagi meningkatkan kemajuan
dan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai.Hal ini dapat dibuktikan dengan lahirnya ciptaan-ciptaan baru dalam kalangan rakyat yang cintakan ilmu ini.
Selain itu,orang yang berilmu bukan saja kritis dan kreatif tetapi juga mampu
membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak baik.Mereka sentiasa berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Peranan memajukan sesebuah negara terletak di bahu rakyatnya sendiri.Rakyat yang
dahagakan ilmu akan berusaha untuk mencari ilmu walau di mana saja ilmu itu berada.Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".Di sini jelaslah akan kepentingan ilmu dalam kehidupan mansia.Dan kukuhnya ilmu dalam masyarakat dapat menggambarkan kepesatan kemajuan sesebuah negara.

Sekian,terima kasih.


Jika anda ingin menambahkan ayat dramastik boleh-
-pendahuluan
-isi-isi
-penutup

Jangan lupa untuk menambahkan markah yang penuh anda digalakan menggunakan ayat pepatah,bidalan atau sebagainya.Sesuai dengan kamus dewan edisi-edisi yang ditetapkan.

cerita-cerita dan cari kesalahan dialog

Disebuah kawasan sekolah pedalaman luar bandar,kisah seorang guru dan
seorang murid yang nakal dan seorang lagi muridnya yang sangat baik.

Cikgu Siti:Ali kenapa awak begitu degil dan keras kepala.Cubalah menghormati orang yang lebih tua.
Ali:"adaku kesah",cikgu adalah cikgu,saya adalah saya.
Cikgu Siti:(Dengan nada yang kuat)Ali biadap sangat kamu,kamu kan tahu cikgu tidak suka
mengambil tindakan terhadap awak.
Ali:Hmmmm.....tak takut lah,cikgu ni..Cikgu ni kan perempuan.
Afi(seorang pengawas dan pelajar yang cemerlang):Ali kenapa awak buat begitu terhadap cikgu
sikap kamu itu tidak baik dan angkuh.
Ali:Ek,Afi..kamu nak gaduh dengan saya kah..kalau berani satu sama satu la..
Afi:Hmmm..setakat badan awak ni Ali,saya tidak takut dengan kamu lah.Sekurus-kurusnya saya,tak akan lari daripada masalah.
Ali:Owh,mentang-mentang awak anak murid kesayangan cikgu siti.
Afi:Oit,cikgu siti sayang kita semua..bukan seorang saja.
Cikgu siti(dalam keadaan menangis):Ali,betul apa yang dikatakan Afi.
Afi:Ali,lebih baik awak sebelum awak diambil tindakan.(dengan nada yang kuat)
Ali:Pantang larang nenek moyang saya mengundur diri,kalau berani kita lawan dulu.Kalau saya
kalah,saya akan minta maaf dan kalau awak kalah awak kena bagi saya wang sebanyak
DUA RATUS RINGGIT MALAYSIA.
Afi:Baiklah..Afi terfikirkan apa yang dikatan oleh tok gurunya..Jika orang ada kesusahan baru kita menolong orang dengan menguna kuasa silat kita.Apa lagi si Afi buka langkah-langkah
kudanya.
(SAMBIL MEREKA BERDUA GADUH,CIKGU SITI MELARANG MEREKA BERGADUH TETAPI TIDAK DAPAT DIELAKAN,LEPAS ITU AFI MENANG DALAM PERTANDINGAN ITU,AFI DALAM KEADAAN BERDARAH DAN MATANYA YANG BENGKAK.)
Afi:Kamu harus meminta maaf dengan cikgu siti.
Ali:Baiklah afi.


apakah kesalah dalam petikan cerita ini.
-ejaan
-huruf
-simbol


christmas card-4

X-mas,ho..ho..ho..let's go use nippon paint to change ur life


Atasilah kelemahan diri anda sekarang....

Berbuat baiklah pada diri sendiri dan orang lain...
Kalaupun pernah buat salah besar sekalipun,jangan pula terus dihantui
rasa bersalah sepanjang mas.Maafkan diri sendiri dan kamu akan hidup
lebih baik selepas itu.Juga berbuat baiklah terutamanya dengan kedua-dua
orang tua,keluarga,teman dan semua makhluk di muka bumi ini.
Termasuk binatang juga.

Tingkatkan keyakinan diri....
Untuk berjaya kamu mesti ada rasa yakin diri.Buang rasa takut-takut tu.Kalau asyik dibelenggu rasa takut,pasti kamu tak akan ke mana punya!Bak kata Peter T.Mcintyre,confidence comes not from always being right but from not fearing to be wrong.

Hidup penuh kegembiraan...
Walau apa pun yang terjadi relaks...terus relaks.Setiap masalah ada penyelesaian.Bak kata Cnythia Nelms"nobody really cares if you miserable,so you might as well be happy"so just be a good and happy person.


canon-ds1

cantik dan menakjubkan....

Tips permulaan untuk perbahasaan bagi pengenalan

Hukuman rotan penting dalam mendisiplinkan para pelajar

Bersantai di pantai melapangkan dada,
Setelah menelaah nota pelajaran;
Perbahasan mampu menggerakan minda,
Melahir remaja pengisi wawasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua,barisan hakim yang adil lagi bijaksana,barisan pembangkang,guru-guru,dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi.Terlebih dahulu,saya,(NAMA) dari (KELAS@SEKOLAH)(SETUJU@TIDAK SETUJU)kalau (tidak setuju terhadap tajuk)
"Hukuman rotan penting dalam mendisiplinkan pelajar patut dihapuskan".Bagi saya dalam senario masalah salah laku dalam kalangan pelajar begitu meruncing sekarang,jadi saya berpendapat tajuk yang paling sesuai ialah "Hukuman Rotan penting dalam mendisiplinkan Para Pelajar".

Created by:Mrs.Taufik Hidayat

Keindahan bahasa

Kata-kata hikmat
Untuk kegunaan membuat karang berbentuk esei,cerpen,perbahasan,dan sebagainya.
  1. Pujian asas terhadap seseorang itu adalah terletak pada keupayaannya untuk menerima terletak pada keupayaan untuk menerima kekalahan teruk dengan air muka yang manis seperti menerima kemenangan cemerlang dahulu. (Tunku Abdul Rahman Putra)
  2. Pelajaran ialah satu pelaburan model yang amat mustahak untuk membina sesuatu masyarakat dan kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk ke arah perubahan pemikiran,bentuk, dan masyarakat kita,sama ada di kampung mahupun di bandar. (Tun Abdul Razak)
  3. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sehari-hari kepada rakyat,kejujuran adn keikhalasan hendaklah diletakkan atas segala kepentingan yang lain. (Tun Hussein Onn)
  4. Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya. (Tun Dr.Mahathir Mohamad)
  5. Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi,mulailah daripada yang rendah. (Cyrus)
  6. Semakin bijaksana seseorang,semakin bijak orang itu menjaga mulutnya. (Couwie Joan)
  7. Rasa malu adalah hak yang sangat penting bagi manusia (Beng Tju)
  8. Kalau kamu tua,berilah nasihat dan jika kamu mud,terimalah nasihat. (Pepatah inggeris)
  9. Undang-undang yang baik datangnya daripada perangai yang baik. (Pepatah Latin)
  10. Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. (Zhuang Zi)

best n cute


smoke crap-nice.....take it's(use own background)

visual high

Kesihatan(Perubahan)

Gigi bertukar warna?
perubahan warna gigi(penstainan) menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh menjejaskan senyuman anda.Namun,tahukah anda apa yang menyebabkan gigi bertukar warna?Terdapat
dua jenis penstainan iaitu penstainan ekstrinsik dan pestainan intinsik.

Obesiti awasi berat badan anda.
masalah berat badan
berlebihan,jika tidak
dikawal boleh menjurus
kepada obesiti.Walaupun secara
umumnya,lelaki mempunyai berat badan yang lebih
daripada wanita tetapi peratusan wanita untuk menghadapi
obesiti adalah lebih tinggi.

Menyanyi untuk naikkan "mood"
semua orang memerlukan keyakinan sepanjang hidupnya.Ada kalanya rasa yakin kita tiba-tiba
merundum disebabkan oleh sesuatu perkara.Sebagai alternatif,anda boleh menyanyi sesetengah lagu untuk mengembalikan semula rasa yakin anda yang hilang.Pilihlah sebuah lagu tidak kira apa jua jenis irama asal sahaja ia mampu membangkitkan "mood" anda.Nyanyilah sekuat hati.Kajian membuktikan nyanyian membebaskan endorfin yang membantu melegakan fikiran yang tidak tenteram.Kalau anda sedah gelabah sebelum memulakan kerja,terus menyanyi.Bagi yang mempunya beragama,nyanyilah lagu agama masing-masing iaitu lagu kerohanian.Anda bukan sahaja mendapat ketenangan bahkan juga mendapat pahala.

smoke-art-dave-barstom-seo-dota

Bringing:joy

SMOKE-500d-shot008(product digital camera)

Sekilas......Sihat

Memaksa tekak untuk batuk boleh mencederakan peti suara.Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan.

MEnurUt laporan Clinical Medicine melakukan latihan ringan di depan cermin selama lima minit beberapa kali sehari membantu melegakan kesakitan yang dialami.

Tidur sejurus selepas makan atau kurang daripada empat jam mungkin meningkatkan sakit ulu hati sehingga 7.5 kali.

Melihat tumbuhan hijau seperti pokok,rumput dan daun membantu merelakskan otot-otot
yang tegang dan menurunkan kadar stres yang dialami.

Mulakan hari dengan segelas air suam bersama sehiris lemon.Ini membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif.Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

merry-christmas-tree

Bandar Raya Miri



Tekanan Darah Tinggi?

"Kalau macam ni,tak seronoklah.
Habis semuanya saya tak boleh makan,
hilang nikmat hidup!
Hanya kerana saya disahkan menghidap darah tinggi,
saya harus menjaga pola pemakanan saya.
Bosan sungguh."
Janganlah anda menyesali apa yang telah terjad,
ada baiknya anda tarik nafas dan mula berfikir positif.
Teruskan pembacaan anda kerana RAPI tahu rahsia
penjagaan makanan anda yang didiagnosis menghidap
penyakit darah tinggi.
Mari amalkan.......................

Saya nak tahu simptom-simptomnya!
Jika anda mengalami rasa mencucuk pada bahagian
  • tengkuk
  • pening kepala
  • pandangan kabur pada waktu tertentu
mungkin anda menghidap tekanan darah tinggi di luar sedar.Baik anda segera berjumpa dengan doktor untuk memastikanya.

Periksa nafas sebaik bangun tidur

Kalau anda merasa seperti masam di dalam mulut anda sebaik terjaga dari tidur,besar kemungkinan anda telah mengalami "sleep apnea"malam tadi.Oleh kerana anda masih solo dan belum ada orang yang memerhatikan cara anda tidur,diharap petanda ini dapat membantu anda.Kalau ini berlaku,lekaslah membuat pemeriksaan dengan doktor.


Menurut kata pakar yang terkemuka:

SMK LUTONG Background's


14 makanan istimewa bantu kurangkan KOLESTROL

Makanan segera,makanan ringan,kek,coklat?Sedapnya,tapi tak bolehlah!Kenapa?Kalau ambil banyak,kolestrolnya tinggi!Namun,masih adakah makanan yang mampu membantu anda mengurangkan kadar kolestrol ini?Tentu sahaja RAPI yang memberikan anda 14 jenis makanan itu!

  • mi penuh,bijirin gandum dan oat
  • beri biru
  • pistachios
  • walnut
  • kacang badam
  • avokado
  • buah zatun
  • ikan dan minyak
  • minyak flaxseed
  • soya hitam
  • jus delima
  • yogurt asli
  • bawang putih
  • buah oren
Kalau nak diet sangat tu,bahaya juga,terlampau kurus bahaya juga,jadi anda kenalah amalkan gaya hidup yang sihat pun dah memadai.Kalau nak lagi sila tonton aksi "the biggest losser" dalam rancangan hallmark 702.

Kemahiran belajar

Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan mempunyai akal fikiran yang sempurna.Manusia mempunyai pontensi diri dan boleh dikembangkan sehingga tahap semaksimum mungkin.
Walau bagaimanapun,kajian ada mengatakan bahawa manusia hanya mengunakan kurang dari 10% keupayaan mindanya dalam kehidupan seharian.Manusia bersifat rasional,konstrukti,positif,berdikari,realistik,bekerjasama,boleh dipercayai dan penuh dengan potensi.

Di usia muda

Meniti kerjaya dan sukses sejak usia muda memang diimpikan setiap orang.Iyalah
.....kalau kamu muda-muda dah ada pendapatan yang stabil,dah tentu mampu hidup selesa dan mempunyai aset untuk hari tua nanti.Yang "best",nak apa pun dapat.Kawan-kawan
pun tentu "respect"!Jadi,kalau nak sukses,mulakan dengan langkah ini:
  • niat yang kuat
  • mula kan langkah berfikir
  • bersedia untuk gagal(kegagalan itu memberi pengajaran)
  • ketulusan
  • kerendahan hati
  • kesetiaan
  • berfikiran positif
  • "easy going"
  • percaya diri
  • berjiwa diri
  • bertanggungjawab
  • ketidakan egois
  • kepercayaan kepada TUHAN
  • patuh arahan keluarga atau lebih tua daripada kita
  • dengar nasihat

ROD TEAM BLOGGER

Kehidupan baru..........
Masa bergerak begitu pantas,
Setiap kali masa bergerak,
Setiap kali itulah umur kita meningkat hingga ke dewasa seia tua,
Kita bagaikan meniti usia.
Meniti sebuah kehidupan melayari satu impian.
Apakah yang sebenarnya dalam kehidupan kita?